Monday, July 6, 2009

PAS Setiu gesa Najib terima pelawaan debat Nik Aziz

SETIU, 1 Julai (Hrkh)- Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim menggesa agar Perdana Menteri, Dato� Seri Najib Abdul Razak berlapang dada menerima pelawaan debat bersama Mursyidul Am PAS, Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini penting, katanya kerana PAS dapat menyatakan kebenaran Islam yang diperjuangkan oleh parti itu.

"Saya tidak nampak tujuan yang lebih besar dari hasrat Mursyidul Am PAS, Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu selain dari untuk menyatakan kebenaran Islam yang diperjuangkan PAS.
"Perdana Menteri (PM) Dato� Seri Najib perlu berlapang dada untuk berdebat dengan Tok Guru Mursyidul Am PAS sebagai membukti bahawa dia (Najib) seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh mempertahankan maruah Umno yang kian menurun di sisi orang Melayu dan Islam khususnya.

"Berdialog, berdebat, bermuzakarah adalah antara metod bagaimana dakwah Islam disampaikan," ujarnya ketika dihubungi Harakah.

Menurutnya, mungkin ada hikmah jika pertemuan dua tokoh besar negara tersebut bertemu di pentas debat secara terbuka.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Setiu yakin jika debat tersebut menjadi kenyataan akan menghasilkan natijah baik yang cukup besar bukan bagi parti masing-masing.
Bahkan, katanya natijah yang baik itu khusus kepada orang Melayu dan Islam yang keliru tentang politik Islam di negara ini.
.........................................................
KOMENTAR PEWARIS....
Hmmm....TGNA ni ingat dia hebat...leh melawan ngan sesapa sj..baik dia berlawan ngan Karpal Singh ker...sbb kan PAS x dpt lagi nk perjuangkan Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ni..Agak2 berjaya ke perjuangkan Negara Islam ni???Malaysia adalah Negara Islam yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara...kalu x, xdelah Malaysia ni termasuk dlm OIC..sebuah Petubuhan Negara Islam..Dlm PR...PAS berada di tahap ketiga, di belakang DAP n PKR..Masing2 hendaklah memperjuangkan parti mereka..bukannya menghancurkan parti lain, sesama bangsa dan agama mereka sendiri..

No comments:

Post a Comment